Saturday, 1 September 2012

Salad Buah


Assalamualaikum

Entry lepas aku ada cakap yang aku nak share resipi salad buah yum yummy kan ? ehh memandai tambah yum yummy pulakk. Tak tak, nama salad ni salad buah ala cik ikha Zalikha :D
Actually resipi ni aku dapat dari kak aku, aku memang susah sikit nak makan salad ni sebab ada mayo kan. Aku makan mayonis ni tapi kalau banyak-banyak sangat rasa muak dan nak termuntah. Euwww, dulu masa mula-mula aku tengok kakak aku buat salad ni aku buat-buat pandang sebelah mata je, kononnya tak lalu la nak makan kan, sekarang nahh hambeek kau, makan tak ingat dunia. Siyes sedap eaaa. First try dah jatuh cinta.. hehe

Bahan-bahan pun senang nak dapat, sesuai untuk orang bujang macam aku ni,

Bahan-bahan :

1. Buah-buahan ( dalam 2-3 jenis ) – dipotong dadu
*aku selalu guna buah apple hijau, apple merah, buah lai dan buah pear.
2. Kacang merah
*aku guna yang dalam tin tu je
3. cili benggala ( dipotong dadu)
4. mayonis
5. salad sauce thousand island – aku guna lady’s choice

Cara-caranyewww :

Gaul semua bahan diatas then siap ! nak lebih yummy letak dalam fridge sampai beku. Hehe.. agak2 sejuk tu boleh la makan baru ada umphhh , try la nanti. Tak rugi cuba kan.
Haaaa, lupa nak bagi tau, bahan-bahan kat atas tu korang agak-agak je. Kalau nak banyak boleh letak banyak-banyak.


Ni la Thousand Island 
Sumber : mak cik Google




taraaaaa,ni la salad yang dah siap 

Sekian, assalamualaikum .

2 comments:

zera eira said...

aduhhhh, terliurrrrrr sangattt! :)))

ikha Miyaichi said...

zera : cubalahh, tak rugi.. hehe