Sunday 4 November 2012

wanita, Peliharalah auratmu !




About two months dah tak tulis entry baru. Tak penting semua tu but the most important thing that I AM GRADUATED !! *a very long holiday. Okay please be jealous guys.

Actually aku nak cerita sedikit tentang kisah Hasan Basri?. Have you ever heard his story before? Okay spend just a few minutes to read this story. Promise you it is a very sad story, sangat-sangat best dan boleh dijadikan teladan kepada wanita-wanita di luar sana.

Pada suatu hari, Hasan tengah jalan-jalan then tiba-tiba dia ternampak seorang wanita yang sangat cantik (bayangkan bidadari la kan ). Lepas tu dia pun ikut la perempuan tu. Bila perempuan tu sedar yang dirinya diekori, lalu dia pun menoleh ke belakang lalu berkata :


“wahai orang muda, apakah kamu tidak malu?" dan berkata lagi : "Malulah kepada Allah SWT yang Maha mengetahui mata yang khianat dan apa-apa yang terdapat dalam hati"


Lepas dengar perempuan tu cakap macam tu, Hasan lagi tertarik then dia ikut lagi perempuan tu. Apabila wanita tersebut melihat Hasan terus mengekorinya, berkatalah wanita itu :
 "Mengapa kamu terus mengikuti aku?"


Maka berkata Hasan Basri :
"Sebenarnya aku terpesona dengan matamu yang cantik itu"

Lepas saja perempuan tu dengar penjelasan dari Hassan, lalu dia pun berkata:
"Baiklah. Jikalau kamu cintakan mataku ini, maka aku harap kamu tunggulah di sini sebentar, sebentar lagi aku akan berikan kepada kamu apa yang kamu kehendaki"

Setelah berkata demikian maka di dalam hati Hasan berkata"
"Nampaknya dia telah menerima cintaku".


Maka Hasan terus menunggu wanita itu sehingga wanita itu tadi datang kembali.Lepas beberapa jam, datang seorang pembantu (Amah ) dan memberikan sebuah kotak tertutup kepada Hassan. Hassan pun buka la kotak tu then dia terperanjat sebab isi kotak tu terdapat sepasang biji mata.

Kemudian pembantu tersebut berkata:
"Tuan puteriku berkata dia tidak memerlukan mata yang menyebabkan terpesonanya seseorang itu"

Selepas kejadian itu, Hasan Basri tekad untuk meminta maaf kepada wanita itu. Malangnya wanita itu sudah meninggal sebelum Hassan meminta maaf. Hasan menangis tiga hari berturut-turut.

Pada malam yang ketiga Hasan bermimpi menemui wanita itu. Wanita itu ditempatkan di dalam syurga. Lalu Hasan Basri berkata:
"Kamu halalkanlah segala kesalahanku terhadapmu"


Wanita itu pula berkata:
"Sesungguhnya aku telah menghalalkan segala-galanya dan aku telah mendapat kebaikan yang banyak dari Allah oleh sebab kamu"

Setelah Hasan mendengari pengakuan wanita tersebut maka dia pun berkata:
"Berikanlah kepadaku sesuatu nasihat yang baik"
Berkata wanita tersebut:
"Apabila kamu bersendirian hendaklah kamu berzikir kepada Allah setiap pagi dan petang, beristighfarlah, mohonlah ampun kepada Allah dan bertaubatlah kepadanya"
Akhirnya Hasan melaksanakan segala nasihat perempuan itu. Hasan Basri mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah serta Beliau menjadi wali kekasih Allah.

# Seorang wanita telah mencungkil matanya disebabkab menjadi bahan fitnah, tetapi hari ini wanita berlumba-lumba untuk menunjukkan kecantikan dirinya dan menunjukkan aurat mereka dengan mendedahkan apa yang dilarang oleh Allah. 

semoga kita sama-sama mengambil ikhtibar dari kisah ini :) 

No comments: