Wednesday 25 February 2015

Jom buat masker sendiri!

Assalamualaikum..

Muka berminyak? Jerawat berselerak? Confident level is "thumps down" jangan risau. Situasi sama terjadi dekat aku. Dah macam-macam product guna and believe me semua tu tak ubah apa2 pun on my skin. Last sekali kau give up. Hahahha! Muka aku bukan jenis heavy acne pun tp disebabkan kulit muka aku ni putih so bila jerawat naik seketul memang disaster, lepastu it becomes huge problem time nak hilangkan scar tu. Lately ni eh makin banyak pulak dia naik especially dekat dagu and area dekat dekat tu. 

Minggu lepas pergi la supermarket nak cari pencuci muka for oily skin lepastu ada promoter cina ni tegur, pangkat auntie la kulit pun so so je, eleh nak tegur kulit kita hahaha! " you punya skin even you ambil itu foam for oily skin pun tak boleh cuci habis maaa, itu sebab all the chemical in your skin tak keluar habis" then dia recomment aku guna product apa ntah, aku belek2 la product tu tak mau kecik kan hati orang.. Heheh then dia layan minah mana tah terus aku blah. Well tak beli pun. Sigh!

Balik tu terus aku buka youtube, google dan segala alah benda aku search untuk buat masker sendiri, bila difikirkan its better than beli sebab ianya terjamin bersih dan most importantly it is not contains any chemical yang boleh rosak kan kulit kita lagi. So, here ada a few homemade masker yang dah aku try..


Masker tomato


Bagi penggemar tomoto ianya adalah satu bonus sebab nak buat ni perlukan setengah biji tomato je, separuh lagi kau makan! Nyummm.. Hehehe jangan simpan sebab nanti tomato tu dah tak fresh. ambil setengah biji tomato then lenyet2 sampai lumat, guna sudu pun boleh tapi aku guna lesung batu. Lepastu boleh campurkan dengan yogurt ataupun tepung beras. Aku guna tepung beras pastu tambah sikit tau...then tempek2 kat muka lebih kurang setengah jam tak pun sampai kering. Ok!


Masker kunyit

Yang ni best! Sebab senang nak buat hehehe. Sama juga ambik sikit kunyit yang mak kita guna nak masak tu then campurkan yogurt atau tepung beras. Kuantiti dia 50:50 oke. Kalau guna yogurt tak payah campur air tapi kalau guna tepung beras campurkan sikit air. Lepastu boleh la apply kat muka. Untuk yang kulit putih, lepas basuh kulit akan kuning sikit tapi jangan risau ianya akan hilang in a few hours. So make sure pakai time malam oke sebelum tidur basuh dulu. Yang ni pun sama apply selama 30 minutes or hingga kering.


Masker putih telur

Yang ni pun senang tapi selalu kalau google diorang akan rendamkan cotton muka dalam telur then tampal kat muka kan? Aku dah pernah try tapi it look like sangat la renyah, susah nak kampus. For me la. Aku ni jenis tak suka melekit lekit ni.. Heeeehe sorry! So aku pun try la ambil tisu tebal tu, then gunting-gunting buat bentuk masker yang jual dekat Watson. Senang oke! Try la. Lepas dah pecah telur asingkan kuning dengan putih dia. Ambil putih sahaja lepas tu pukul sikit guna garpu bagi kembang. Jangan kembang macam nak buat kek oke. Hiks! Then boleh apply kat muka guna berus nipis. Lepas dah sapu seluruh muka boleh la letak tisu yang korang dah buat bentuk masker tu. Dah kering boleh la tarik tisu tu. Best sangat rasa dia. Pastu cuci tau muka tu...


Masker kulit limau

Seperti yang korang dah tau yang kulit limau ni mengandungi banyak benefit dari isi dia. Google lah kalau nak tau.. Hehe kulit limau tu jangan buang oke lepas makan. Simpan sampai kering then boleh kisar sampai lumat. Ambik sikit kulit limau yang dah dikisar tadi, then boleh campur yogurt atau kalau tak ada yogurt boleh guna tepung beras atau pun tepung susu. Macam biasa kalau guna yogurt tak payah letak air dah. Then apply la kat muka. Tapi antara semua masker kulit limau ni paling perit sebab tak sampai 20 minit apply pedih dia ya Allah dasyat sangat. Amaran kalau pakai tu pedih terus cuci tau hehehe. Takut kulit tak biasa.. Especially kulit yang luka. Biasalah limau ni asid kan.. Tapi manfaat kulit limau banyak.

Selama seminggu ni aku apply semua masker ni berulang ulang. Yang bestnya kulit aku lembap, tak berminyak dan tak kering. Seronok sangat, parut pun laju laju ja hilang. Jerawat ni bila2 pun boleh keluar sebab cuaca kat Malaysia ni kan panas so senang la, jadi yang penting kena rajin! Tu kunci dia, at least boleh kurang kan jerawat pun oke kan.. Aku rasa jerawat ni base on kita punya hormon jugak plus keturunan. Jadi korang yang memang dah muka lincin tu bersyukur la, benda ni boleh twist bila-bila masa pun. Contoh macam kakak aku time remaja jerawat dia banyak sangat tapi bila dah kahwin hormon dah tukar jadi sekarang muka dia lincin dan dia tak pakai cleanser pun. Cuci pakai air kosong je. Best kan?  Mak cik aku pulak time remaja kulit lincin je, kahwin ada anak 3 orang terus naik jerawat banyak.. So aku percaya ni semua masalah hormon. So sekarang minum air kosong banyak2, jangan skip vitamin c and cuci muka sebelum tidur. Dan paling penting jangan pandang hina muka orang yang banyak jerawat! Heheheh

Byk! XOXO 






     



No comments: