Saturday 22 October 2011

Marah, geram dan simpati


Korang mesti ada baca kisah kejatuhan Muammar Gaddafi kan ? aku pun tak terkecuali utk mengikuti kisah hidupnya. Mula2 bila aku baca kisah hidupnya dan kekejaman yang dia lakukan aku rasa benci and marah sgt2. aku tengok pun menyampah. Rasa nak tikam2 dia. “Ni ka namanya seorang yg mengaku dirinya Islam”, cebik  benci. SubhanAllah…….

Tapi tiba2 hati kecil dicuit rasa simpati dan sedih bila mata terpandang gambar2 mayat Allahyarham Muammar Gaddafi. Ya Allah, mayatnya dijadikan pameran di dalam peti sejuk di sebuah sebuah supermarket di Kota Misrata dan diperlihatkan kepada orang ramai. Mayat yg separuh bogel tu diusung dengan kejam. sedih, geram, dan simpati. Bukan niat aku nak membela orang yg tlh melakukan kekejaman tapi sebagai seorang manusia, Islam kita tak boleh dan tak ada hak nak menghukum Manusia lain. Ya, kalau dia berdosa biarlah Allah S.W.T yg menghukumnya. Dia, Muammar Gaddafi dah meninggal Dunia, mayatnya harus disemadikan. Cukuplah, mungkin kita sebagai manusia boleh mengambil ikhtibar dari kisah hidup dan kekejamannya.

aku tak akan letak gambar Allahyarham sbb aku mmg seorang yg senang menangis and simpatikan seseorang. So, harap sgt2 Allah S.W.T boleh membalas apa yg dia lakukan dan sekiranya dia sudah bertaubat semoga taubatnya adalah taubat yg sesungguhnya dan diterima Allah. Dia juga seorang Islam, dan sebagai manusia, kita sepatutnya semadikan mayatnya. Itu adalah tanggungjawab seorang manusia yg masih hidup kpd orang yg telah meninggal dunia. aku tak pandai soal2 agama ni, tapi Alhamdulillah tahu serba sedikit tentang hukum Agama Islam.

Setiap orang ada pendapat masing2, bagi aku coretan dan tulisan aku ini adalah pendapat aku yg tak seberapa.

Thanks sudi baca J

No comments: